Tak kenal..Maka tak cinta

Awan itu cantik bila berwarna putih,indah juga langit nan biru...tetapi kadangkala ia juga menjadi gelap...begitu jugalah yang berlaku dengan hidup kita...kadangkala gula,kadangkala cuka,kadangkala suka...kadangkala duka...tetapi...manusia yang berdiri dan berlari dilandasan yang benar...akan seimbang keduanya...



Saturday, February 5, 2011

Melayu perlu ISLAM

Kesedihan yang tidak terhingga tatkala mengenangkan nasib bangsa yang semakin SAKIT...megahnya negara ini dengan pencapaian yang diperolehi hasil kejayaan bertaraf serantau dan antarabangsa...Pembangunan pesat melambangkan ini MALAYSIA BOLEH!...tapi..

adakah kejayaan lahiriah dan duniawi ini seimbang,seiring dan bergandingan dengan pembangunan rohaniah umat MELAYU ISLAM negara ini???
kerajaan: YANG BERHORMAT PEMBANGKANG!!!...SAYA PERLU HABISKAN USUL SAYA INI UNTUK MEMBANGUNKAN MALAYSIA...
pembangkang: KAMI TIDAK PEDULI INI SEMUA...KALAU NEGARA INI HANYA MENGEJAR KEKAYAAN EONOMI DAN HASILNYA HANYA UNTUK KRONI..KAMI TIDAK SETUJU!!!...

beginilah senario politik negara kita yang langsung tidak menampakkan bahawa AMANAH terbesar yang diberikan sejak 1400 tahun dahulu akan terlaksana.."
Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT, dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” (0040) Sahih Ibnu Majah"...





Malaysia ini hanya meletakkan ISlam itu sebagai AGAMA RASMI PERSEKUTUAN...dan MAlaysia ini bukan negara ISLAM...sedarkah kita yang kita ialah umat diakhir zaman???..ataupun masih ada ruang selesa dalam hati dan benak fikiran yang mengatakan Daulah ISlam itu anak cucu kita sahaja nanti yang akan lakukan...MASYAALLAH..kalau begitu..APA TUJUAN HIDUPMU???APA MAKNA SETIAP NAFASMU??? APA MAKSUD KAU MENJADI ISLAM???




MEnjadi SATU BEBANAN KEPADA NEGARA MALAYSIA BOLEH???

Pelbagai TRANFORMASI yang dibuat untuk meletakkan Malaysia di atas GARISAN NEGARA MAJU...tetapi menjadi satu bebanan kepada negara untuk menjadikan MALAYSIA ini sebagai negara yang SISTEM HIDUPnya berteraskan AL-QURAN dan AS SUNNAH...satu kesimpulan yang sangat jelas...perkara begini berlaku apabila DUNIA lebih berat dari AKHIRAT pada timbangan akal seorang pemimpin MUSLIM...
Apabila kaum MElayu semakin gah dengan menjadi bangsa terbanyak melahirkan ANAKLUARNIKAH...pendekatan psikologi digunakan,pembinaan sekolah remaja mengandung menjadi inisiatif pilihan...Pendapat PARA ULAMA,SARJANA ISLAM,AL QUARN DAN HADIS..entah mana diletakkan?...

BANGSAKU...MEMANG MELAYU TIDAKKAN HILANG DI DUNIA...TAPI MELAYU AKAN HIDUP DALAM SESAT DAN GELITA JAHILIAH ANDAI ISLAM DILONGKANGKAN!!!..luPAKAH???.."TIDAK AKAN SESAT UMATKU ANDAI TERUS BERPEGANG KEPADA ALQURAN DAN SUNNAHKU" kata Nabi SAW pada 1400 tahun dahulu...

 sistem sosial negara ini tidak kira bidang ekonomi,pendidikan,sosiologi dan semua aspek kehidupan adalah hasil daripada 500 sesat dibawah kelengkang PEnJajah!...mereka aturkan semua agar bangsaku ini bodoh tiada arah dan punca...kini semuanya konon maju...tidak sedarkah kita ini semua masih bertunjangkan sistem MAT SALIB bukan mat salih...sepatutnya kita mengikut sistem UMMAT SOLEH!..adakah ini semua tidak boleh diubah??...bagaimana pula pelbagai pelan pembangunan dan dasar2 kerajaan yang berubah-ubah seolah-olah saintis melakukan ujian kepada tikus makmal(rakyat) bioleh dilaksanakan..tetapi bila bicara tentang ISLAM..AHHHHHH  SUSAHHHH..kita berbilang kaum...Allah tidak akan mendatangkan susah yang tidak tertanggung oleh hambanya.."pasti boleh" perlu menjadi slogan diri setiap muslim...atau kita akan menjawab begitu dihadapan Allah apabila ditanya mengapa ISLAM TIDAK MENJADI TERAS PEMERINTAHANMU???...

Janganlah sengaja menjadi buta,andai mata masih mampu melihat kebenaran...janganlah menjadi bisu andai masih mampu bicara mengubah paradigma...janganlah menjadi dungu,andai fikiran masih peka...


Friday, February 4, 2011

Mesir = Malaysia

Sedang dunia dalam kealpaan,dilambung ombak keseronokkan dan maksiat...tiba TERSENTAk dek kerana kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan perdana menteri Ben Ali. jatuh bangun sesuatu pemerintahan negara di dunia ini tidaklah sesuatu yang mengujakan tetapi bagaimana ia jatuh dan bangun selalu menjadi tarikan para pemikir.

Kerajaan Diktator Ben Ali yang memerinah Tunisia setelah sekian lamanya ditumbangkan oleh punca kejatuhan paling GEmpar sepanjang 5 tahun kebelakang kerana ia ditumbangkan oleh kuasa penyatuan RAKYAT yang sudah tindak sanggup lagi menerima kezaliman yang dilakukan kepada mereka. apakah yang sebenarnya menjadi mancis pertama yang membakar dan menyalakan obor kebangkitan gerakan ini???
 kisahnya bermula apabila seorang pemuda yang mempunyai kelulusan dari universiti tidak mendapat pembelaan dari kerajaan...beliau mengharapkan kerja di sektor kerajaan tetapi tidak diluluskan dan itu masih lagi berada di bawah lingkungan kesabarannya,tetapi apabila pernigaan beliau di kaki lima dimusnahkan oleh kerajaan...beliau bertindak MEMBAKAR diri sendiri dan keseluruhan negara bangkit kerana cetusan tindakan pemuda ini...kata-kata pemuda ini terus dipegang oleh para pendemonstrasi "lebik baik mati dari terus berada dibawah pemerintah yang zalim"

rakyat Tunisia bangkit dan menggulingkan dan menghumban pemerintahan Ben Ali dengan penuh kehinaan...apakah sebenarnya yang menunjangi hati rakyat Tunisia...mereka sedang mengISLAHkan diri mereka dan TANAH AIR mereka dan meletakkan keadilan dan keimanan dalam kehidupan.perkara ini tidak berhenti disini....

Housni Mubarak!!!...seorang lagi Pemerintah Diktator yang sekarang sedang mengalami TRAUMA dan KECAMAN sepertimana yang dihadapi sahabatnya BEn Ali...MEsir kini dalam pergolakkan paling Dasyatttt dalam sejarah pemerintahan...RAKYAT memegang kuasa penuh kearah menggulingkan si Pemerintah Zalim..para pemimpin IKHWANUL MUSLIMIN kini sedang mengatur langkah dengan baik supaya Daulah Islam dapat dikibarkan semula dibumi Mesir,bumi ANBIA...BARAt yang dahulu sering beranggapan bahawa rakyat mesir akan tunduk kepada pemerintah zalim dan mereka(barat)menggunakan NEGARA HARAM ISRAEL untuk menjalankan kerja kotor mereka apabila ISRAEL menandatangani Perjanjian Genjatan Senjata dengan negara di Semenanjung Arab dan MESIR menjadi yang pertama untuk menandatangani...Maka kini Pemerintah Barat dan Pemimpin-peminpin ZALIM seperti ditampar dek kerana KUASA RAKYAT dibawah pimpinan IKHWANUL MUSLIMIN sedang melakukan serangan balas dan ISLAM akan diangkat semula untuk memayungi kerajaan MEsir...

persoalannya...tidakkah situasi ini boleh terjadi di MALAYSIA???...
pemimpin itu seperti pohon..rakyat itu seperti akar...pohon itu memayungi akar...akar itu memegang kekuatan pohon....RAkyat berhak menetukan masa depan dan hala tuju negara...ISLAM perlu diletakkan sebagai Daulah tertinggi..para Ulama mejadi rujukan seharian... jangan nafsu menjadi TUHAN..kelak LAKNAT menimpa tiada tertahan...

Letakkanlah ISLAM sebagai tunjang utama negara...janganlah kita sengaja membutakan mata sedang KEBENARAN dan TANGGUNJAWAB perlu dilaksanakan...

Firman Allah dari surah Al-Imran ayat 26 yang bermaksud: "Katakanlah: wahai tuhan yang mempunyai kerajaan, engkau memberikan kerajaan kepada orang yang engkau kehendaki, engkau mencabut kerajaan daripada orang yang engkau kehendaki, engkau memuliakan orang yang engkau kehendaki dan engkau hinakan orang yang engkau kehendaki. Pada-Mulah segala kebajikan, sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu."

Thursday, December 2, 2010

Hebat bangsa Hang Jebat!!!



Jika ditelusuri asalnya melayu ini wujud, tiada terkata banyak teori yang dibangkitkan...propaganda kerajaan kini pula yang berkobar mempertahankan satu elemen yang disebut "KETUANAN MELAYU". Tahukah kita apa itu elemen "KETUANAN MELAYU' ini???...

Ketuanan Melayu merupakan satu semangat yang dipupuk melalui adat dan kod hidup BANGSA MELAYU yang telah lama hidup menjadi TUAN dibumi sendiri dan sentiasa mengamalkan budaya hidup yang TINGGI seperti adap sopan MELAYU,penggunaan bahasa TINGGI seperti pantun,gurindam,sajak dan pelbagai unsur sastera yang memang tidak dapat dilihat pada bangsa lain mahupun ketamadunan terdahulu yang unggul. Amalan ilmu kebatinan yang tinggi juga antara penyumbang kepada tercetusnya rasa KETUANAN ini.

KETUANAN ini sebenarnya tercetus akibat kemasukan unsur ASING ke dalam TANAH MELAYU. Sama juga jika kita mempunyai sebuah rumah,masuk tetamu yang diundang mahupun tidak. Pasti kita akan mengatakan kepada diri kita bahawa AKU IALAH TUAN RUMAH,JANGAN SI TETAMU INI MELAKUKAN APA-APA YANG MENCABAR KEDUDUKAN AKU. Begitulah keadaan yang berlaku kepada Masyarakat Melayu kini,Bangsa Melayu ini. mereka telah hidup di dalam kod hidup yang tinggi.

Hidup mereka mempunyai hierarki yang terbaik. Sultan adalah yang paling ATAS,para Pembesar, Mamanda Menteri sehingga Tuan Tanah tempat didiami mesti dihormati sebaik mungkin..inilah ketinggian adat MELAYU. Kod hidup ini sangat TINGGI dan melayu itu selesa hidup dengannya.

INILAH KETUANAN MELAYU!!!

* saya ingin mengalihkan paradigma pembaca kepada satu lagi bangsa yang hebat kerana nama mereka dikaitkan dengan kesucian ISLAM. Bangsa ini ialah Bangsa Arab. Bangsa Arab dikaitkan dengan Islam dan ketamdunan yang unggul. Persoalannya bagaimana Bangsa yang hidup di kawasan padang pasir,tanah tandus boleh pada satu ketika telah menguasai 2/3 DUNIA...

kesimpulannya mudah dan disebut sendiri oleh seorang khalifah unggul Tanah Arab yakni Saidina Umar Al-Khattab. kata-katanya ialah "ARAB INI MULIA KERANA ISLAM,ANDAI SATU MASA TIADA LAGI ISLAM PADA ARAB,KAMI AKAN KEMBALI HINA!!!"..ini ialah kata-kata seorang khalifah yang hebat dan terkenal dengan kepahlawanannya.

saya ingin mengaitkan situasi Bangsa Arab dengan Melayu...
apabila seseorang itu Arab,pasti kita kata "dia mesti Islam"..ada lagi 2 bangsa yang jika disebut bangsanya pasti agamanya Islam..siapa??..MELAYU,ARAB,MALDIVES
 3 bangsa ini memang mempunyai kaitan yang berupa "Nama Kenal Agama"..maksudnya apabila diketahui bangsa,kita sudah tahu agamanya...

akan tetapi Arab kini dilihat semakin jauh dari Islam..pembuktian merata-rata...adakah perkara yang sama akan berlaku kepada MELAYU???...jika saya katakan bahawa MELAYU ITU HEBAT KERANA ISLAM..adakah benar...sudah tentu benar!...maka jangan dibiarkan ISlam itu Hilang dari Melayu...jika Islam itu hilang dari Melayu maka kita akan menjadi BANGSAT dibumi sendiri...Allah berfirman di dalam Al-Quran" akan aku gantikan mereka dengan kaum yang lebih baik"..mengapa ALLAH berfirman dengan menyatakan ayat sedemikian..kerana apabila sesuatu kaum itu sudah tidak beriman kepada Allah S.W.T,menurut perintahnya, menolak Islam ...maka setiap Melayu MEMEGANG ERAT PANJI ISLAM..jangan sesekali biarkan ia terlepas dari genggaman MELAYU!!!....

Monday, November 29, 2010

Merdeka: Darah dan Maruah

Kemerdekaan Dan Pembantukan Malaysia... Dalam pembentukan dan memerdekakan sesebuah negara, peperangan dan keganasan tidak dapat dielakkan. Di negara kita, Malaysia sebelum kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk kemerdekaan. Semenjak Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah. Tujuannya hanyalah satu, kebebasan / kemerdekaan. Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menantang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu. Jelasnya, dalam membentuk kemerdekaan terdapat dua kaedah yang telah dipraktikkan oleh pemimpin pada zaman tersebut. Peperangan dan perundingan. Gerakan Nasionalisme Setiap orang tahu dan faham akan erti peperangan / kekerasan. Seandainya diberi pilihan untuk berada dalam suasana peperangan, pastinya setiap orang akan menjawab tidak. Ini kerana kesan dan akibat perang / kekerasan akan menimbulkan kesusahan kepada manusia. Sebenarnya peperangan telah berlaku semenjak tamadun awal manusia lagi. Bermulanya tamadun manusia moden, iaitu semenjak revolisi perindustrian di barat, barat telah mengamalkan dasar penaklukan terhadap negara-negara di dunia, termasuklah negara kita Malaysia. Semanjak itu, banyak berlaku penentangan dan keganasan demi untuk mencapati kebebasan. Maksudnya di sini, para pejuang kemerdekaan telah berusaha untuk menghalau penjajah dari menakluk negara tercinta. Apabila kita melihat sejarah perjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia (Tanah Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatan penantangan oleh tokoh-tokoh seperti Datok Bahaman di Semantan, Datuk Kelana di Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terangganu. Walaupun kebanyakkan gerakan kemerdekaan ini gagal kerana kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) dan masalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini telah membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan membawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan. Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941, yang bermula di Kota Baharu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang Melayu. Namun begitu kesan yang paling kuat ditanggng adalah daripada kaum Cina. Ini kerana perbelahan yang telah berlaku di antara Negara China dan Jepun. Jadi perasaan dendam telah membuatkan tertubuhnya banyak parti gerakan untuk menentang Jepun.

 Contohnya Parti Komunis Malaya. Penaklukan Tanah Melayu oleh orang-orang Jepun merupakan titik tolak bermulanya penubuhan gerakan Komunis di Tanah Melayu. Gerakan ini telah menjadi masalah terhadap keselamatan orang awam selepas berakhirnya penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Selepas pengunduran tentera Jepun, Parti Komunis Malaya telah menggunaka kesempatan ini untuk membuat kekacauan, keadaan selama lebih kurang tiga minggu ini membuatkan kerajaan British menghantar tenteranya ke Tanah Melayu dengan kadar segera. Dalam keadaan dan suasana peperangan serta keganasan, belum dapat ditentukan berapa banyak nyawa yang terkorban, berapa ramai yang menderita kerana tercedera paling menyedihkan, masyarakat telah menjadi truma dengan keadaan ini. Jadi kesan sosial telah berlaku apabila tamatnya peperangan dan keganasan. Apabila keadaan ini berlaku, corak penentangan telah berubah daripada menggunakan kekerasan bertukar kepada cara diplomasi.
Gerakan Nasionalisme Menggunakan Perundingan.
 Disebabkan keadaan telah kembali terkawal walaupun belum aman sepenuhnya, gerakan penentangan secara bersenjata atau kekerasan tidak dilakukan lagi. Keadaan ini telah diganti dengan cara perundingan. Perundingan di sini lebih ditumpukan kepada proses kemerdekaan negara bangsa. Apabila disebut perkataan perundingan, pastinya semua orang tahu bahawa perundingan membawa maksud perbincangan, pemberi pendapat dan menerima maklumat dengan cara aman. Gerakan nasionalisme menggunakan perundingan hanya berlaku apabila timbulnya semangat inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri. Paling ketara adalah semasa perundingan kemerdekaan yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Sebelum timbulnya idea untuk melakukan perundingan, langkah awal yang telah dilakukan adalah dengan menanamkan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat. Caranya adalah dengan menggunakan media massa. Terdapat tiga golongan yang intelek yang kerap mennggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Golongan yang paling awal adalah golongan perpendidikan agama yang telah mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir, contohnya Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga, golongan sekular berpendidikan Melayu. Mereka menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme. Kaedah politik juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak kemerdekaan. Politik juga dikaitkan dengan perundingan, ini adalah titik permulaan berlakunya perundingan dalam mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1955, Tanah Melayu telah mengadakan Pilihan raya Persekutuan yang pertama dengan kemenangan berpihak kepada parti Perikatan. Dengan adanya pilihan raya, para pemimpin telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka untuk mendapatkan hak mutlak negara sendiri. Apabila parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, telah mencapai kemenangan, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama Tanah Melayu. Hasil usaha yang telah beliau lakukan melalui perundingan, akhirnya ia telah membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957. 
Itulah Uniknya Malaysia.

Nilai permata Islam pada mata anak Melayu abad-21

Masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima (secara paksaan atau terpaksa) dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan diatas

Pengaruh Budaya Barat 
Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan
amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan hingga ke hari ini walaupun Negara kita telah bebas dari cengkeman penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini,masih mengambil model Barat. Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Pengaruh barat ini dapat dilihat yang mana semakin menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya golongan muda-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik dan budaya Barat seperti Black Metal, Punk dan Skinhead. Aliran-aliran ini jelas sama sekali bertentangan dengan ajaran agama Islam. Contoh-contoh wujudnya ajaran-ajaran ini turut
dibincangkan dalam ulasan ini.

Pengaruh Skinhead
Adalah suatu sub-budaya yang lahir di London, Inggeris pada akhir tahun 1960-an.Sekarang Skinhead sudah menyebar ke seluruh belahan bumi. Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Meskipun Skinhead banyak diasosiasikan dengan kelompok orang-orang yang rasis dan Neo-Nazi, namun Skinhead yang sebenarnya tidaklah Neo-Nazi, kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum

tertindas dari kelas pekerja (utamanya buruh pelabuhan) di London, Inggeris. Skinhead juga bisa merujuk kepada kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat musik streetpunk dan juga punk. Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads.Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan
maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yang
berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu
masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock.

Budaya Punk
Punk pula lahir di London, Inggeris. Sejak tahun 1980-an, saat punk bermaharalela di
Amerika, golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, kerena mempunyai semangat yang sama. Namun, Punk juga dapat bererti jenis muzik atau genre yang lahir di awal tahun1970-an. Punk juga boleh diertikan sebagai ideologi hidup yang mencakup aspek sosial dan politik. Gerakan anak muda yang diawali oleh anak-anak kelas pekerja ini dengan segera membantah Amerika yang mengalami masalah ekonomi dan kewangan yang dipacu oleh kemerosotan moral oleh para tokoh politik yang memicu peningkatan pengangguran yang tinggi.Banyak yang menyalahartikan punk sebagai glue sniffer dan perusuh kerana di Inggeris pernah terjadi wabak penggunaan jem berbau tajam untuk mengganti bir/arak yang tak terbeli
oleh mereka. Punk lebih terkenal dari hal fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang
mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ala suku indian, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike,jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.

Pengaruh Black Metal
Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Antaranya adalah ia mencemuh semua agama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keagamaan pagan. Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal.Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis agama. Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.

Sejarah Black Metal
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokoh terkenal di Norwegian adalah Oystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem. Keadaan itu amat anti-Kristian: ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan semua agama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse. Salah satu daripadanya, mempunyai kaitan dengan NSBM, termasuk unsur anti-Semitism berterang-terangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya,daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions.Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh
kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna".

keruncingan yang berlaku ini sebenarnya ialah permainan gerakan Mason...apa itu Mason???..tunggu post seterusnya..yang boleh didoakan sekarang agar semua bersedia menghadapi satu peristiwa yang pasti dan dijanjikan oleh penghulu ummat MUHAMMAD S.A.W...peristiwa apa???..tunggu juga di post seterusnya

Melayu Islam itu hebat!

Semasa Khilafah Islamiyah dalam kesusahan, di mana beberapa wilayahnya mula diduduki oleh penjajah, muncul usaha untuk mengukuhkan kesatuan Islam yang diterajui oleh Sultan Abdul Hamid II. Beliau mengatakan, “Kita wajib menguatkan ikatan kita dengan kaum Muslim di belahan bumi yang lain. Kita wajib saling mendekati dalam ikatan yang amat kuat. Sebab, tidak ada harapan lagi di masa depan kecuali dengan kesatuan ini.” Inilah gagasan yang dikenali sebagai Pan-Islamisme. Usaha menguatkan kesatuan Islam sampai ke Nusantara.
Snouck Hourgronje, penasihat Belanda, sentiasa memberikan maklumat kepada pemerintah Hindia Belanda bahawa ada usaha gerakan Pan-Islamisme untuk memujuk raja-raja dan pembesar-pembesar Hindia Belanda (kaum Muslim) untuk datang ke Istana Sultan Abdul Hamid II di Istanbul. Tujuan jangka pendek yang ingin dicapai di Batavia, mengikut ulasan Snouck, adalah untuk mendapatkan persamaan kedudukan orang-orang Arab dan kemudian untuk semua orang Islam sederajat dengan orang-orang Eropah. Jika tujuan ini sudah tercapai maka orang-orang Islam tidak lagi sukar mendapat kedudukan yang lebih tinggi dari orang Eropah, bahkan boleh mengalahkan mereka sama sekali. Pemerintah Hindia Belanda amat risau bila kaum Muslim tahu bahawa Sultan Abdul Hamid II menyediakan biasiswa untuk pemuda Islam. Atas pembiayaan Sultan Abdul Hamid II, mereka masuk ke sekolah-sekolah yang tinggi untuk menerima pendidikan ilmiah dan mendapat kesedaran yang mendalam tentang kelebihan setiap muslim atas orang-orang kafir. Kesedaran dan kehinaan yang mendalam yang tidak harus mereka terima dan membiarkan diri mereka diperintah oleh orang kafir. Jika mereka telah menyelesaikan pelajaran dan telah menamatkan ibadah haji ke Mekah, mereka diharapkan dapat berperanan mengembangkan pemikiran Islam di daerah mereka.
Usaha pengukuhan kesatuan ini terus dilakukan. Pada tahun 1904 telah ada 7 hingga 8 konsul (utusan) telah ditempatkan Khilafah Utsmaniyah di Hindia Belanda. Diantara kegiatan para duta ini adalah mengedar mushaf al-Quran atas nama sultan, dan karya-karya teologi Islam dalam bahasa Melayu yang dicetak di Istanbul. Di antara kitab tersebut adalah tafsir al-Quran yang di halaman judulnya menyebut “Sultan Turki Raja semua orang Islam”. Istilah Raja di sini sebenarnya adalah kata al-Malik yang bererti pemimpin, dan semua orang Islam mengantikan istilah Muslimin. Jadi, sebutan tersebut menunjukkan pengisytiharan Khalifah bahawa beliau adalah pemerintah umat Islam sedunia. Hal ini menunjukkan bahawa khilafah Uthmaniyah terus berusaha untuk menyatukan kesultanan Melayu ke dalamnya, termasuk melalui penyebaran al-Quran.
Sebagai tindakbalas terhadap gerakan penyatuan Islam oleh Khilafah Uthmaniyah ini, terdapat beberapa pertubuhan pergerakan Islam di Alam Melayu yang mendokong gerakan tersebut di Hindia Belanda. Abu Bakar Atjeh menyebutkan di antara pertubuhan itu adalah Jam’iyat Khoir yang didirikan pada 17 Julai 1905 oleh keturunan Arab. Karangan-karangan pergerakan Islam ini di Nusantara dimuatkan dalam akhbar dan majalah di Istanbul, di antaranya majalah Al-Manar. Khalifah Abdul Hamid II di Istanbul pernah mengirim utusannya ke Indonesia, Ahmed Amin Bey, atas permintaan dari kumpulan tersebut untuk mengkaji keadaan umat Islam di Indonesia. Akibatnya, pemerintah penjajah Hindia Belanda melarang orang-orang Arab mengunjungi beberapa daerah tertentu.
Pertubuhan pergerakan Islam lain yang muncul sebagai sambutan positif terhadap penyatuan ini adalah Sarikat Islam. Bendera Khilafah Uthmaniyah dikibarkan pada Kongres Nasional Sarikat Islam di Bandung pada tahun 1916, sebagai simbol perpaduan sesama muslim dan penentangan terhadap penjajahan. Ketika itu, salah satu usaha yang dilakukan Khilafah Uthmaniyah adalah menyebarkan seruan jihad dengan atasnama khalifah kepada segenap umat Islam, termasuk Indonesia, yang dikenal sebagai Jawa. Di antara seruan tersebut adalah:
“Wahai saudara seiman, perhatikanlah berapa negara lain menjajah dunia Islam. India yang luas dan berpenduduk 100 juta muslim dijajah oleh sekelompok kecil musuh dari orang-orang kafir Inggeris. 40 juta muslim Jawa dijajah oleh Belanda. Maghribi, Algeria, Tunisa, Mesir dan Sudan menderita dibawah cengkaman musuh Tuhan dan RasulNya. Juga Kuzestan, berada di bawah tekanan penjajah musuh iman. Parsi dipecah-belah. Bahkan takhta khilafah pun, oleh musuh-musuh Tuhan selalu ditentang dengan segala macam cara”.
Hakikat ini memberikan gambaran bagaimana Khilafah Uthmaniyah member dokongan dan bantuan kepada kaum Muslim Indonesia serta memandangnya sebagai satu tubuh, bahkan menyeru untuk membebaskan diri dari penjajah musuh iman. Dalam hal ini kaum Muslim memberikan sambutan positif terhadap usaha pengukuhan kesatuan umat Islam sedunia tersebut.
pada post seterusnya akan saya kupas Melayu Islam Malaysia...