Tak kenal..Maka tak cinta

Awan itu cantik bila berwarna putih,indah juga langit nan biru...tetapi kadangkala ia juga menjadi gelap...begitu jugalah yang berlaku dengan hidup kita...kadangkala gula,kadangkala cuka,kadangkala suka...kadangkala duka...tetapi...manusia yang berdiri dan berlari dilandasan yang benar...akan seimbang keduanya...



Thursday, December 2, 2010

Hebat bangsa Hang Jebat!!!



Jika ditelusuri asalnya melayu ini wujud, tiada terkata banyak teori yang dibangkitkan...propaganda kerajaan kini pula yang berkobar mempertahankan satu elemen yang disebut "KETUANAN MELAYU". Tahukah kita apa itu elemen "KETUANAN MELAYU' ini???...

Ketuanan Melayu merupakan satu semangat yang dipupuk melalui adat dan kod hidup BANGSA MELAYU yang telah lama hidup menjadi TUAN dibumi sendiri dan sentiasa mengamalkan budaya hidup yang TINGGI seperti adap sopan MELAYU,penggunaan bahasa TINGGI seperti pantun,gurindam,sajak dan pelbagai unsur sastera yang memang tidak dapat dilihat pada bangsa lain mahupun ketamadunan terdahulu yang unggul. Amalan ilmu kebatinan yang tinggi juga antara penyumbang kepada tercetusnya rasa KETUANAN ini.

KETUANAN ini sebenarnya tercetus akibat kemasukan unsur ASING ke dalam TANAH MELAYU. Sama juga jika kita mempunyai sebuah rumah,masuk tetamu yang diundang mahupun tidak. Pasti kita akan mengatakan kepada diri kita bahawa AKU IALAH TUAN RUMAH,JANGAN SI TETAMU INI MELAKUKAN APA-APA YANG MENCABAR KEDUDUKAN AKU. Begitulah keadaan yang berlaku kepada Masyarakat Melayu kini,Bangsa Melayu ini. mereka telah hidup di dalam kod hidup yang tinggi.

Hidup mereka mempunyai hierarki yang terbaik. Sultan adalah yang paling ATAS,para Pembesar, Mamanda Menteri sehingga Tuan Tanah tempat didiami mesti dihormati sebaik mungkin..inilah ketinggian adat MELAYU. Kod hidup ini sangat TINGGI dan melayu itu selesa hidup dengannya.

INILAH KETUANAN MELAYU!!!

* saya ingin mengalihkan paradigma pembaca kepada satu lagi bangsa yang hebat kerana nama mereka dikaitkan dengan kesucian ISLAM. Bangsa ini ialah Bangsa Arab. Bangsa Arab dikaitkan dengan Islam dan ketamdunan yang unggul. Persoalannya bagaimana Bangsa yang hidup di kawasan padang pasir,tanah tandus boleh pada satu ketika telah menguasai 2/3 DUNIA...

kesimpulannya mudah dan disebut sendiri oleh seorang khalifah unggul Tanah Arab yakni Saidina Umar Al-Khattab. kata-katanya ialah "ARAB INI MULIA KERANA ISLAM,ANDAI SATU MASA TIADA LAGI ISLAM PADA ARAB,KAMI AKAN KEMBALI HINA!!!"..ini ialah kata-kata seorang khalifah yang hebat dan terkenal dengan kepahlawanannya.

saya ingin mengaitkan situasi Bangsa Arab dengan Melayu...
apabila seseorang itu Arab,pasti kita kata "dia mesti Islam"..ada lagi 2 bangsa yang jika disebut bangsanya pasti agamanya Islam..siapa??..MELAYU,ARAB,MALDIVES
 3 bangsa ini memang mempunyai kaitan yang berupa "Nama Kenal Agama"..maksudnya apabila diketahui bangsa,kita sudah tahu agamanya...

akan tetapi Arab kini dilihat semakin jauh dari Islam..pembuktian merata-rata...adakah perkara yang sama akan berlaku kepada MELAYU???...jika saya katakan bahawa MELAYU ITU HEBAT KERANA ISLAM..adakah benar...sudah tentu benar!...maka jangan dibiarkan ISlam itu Hilang dari Melayu...jika Islam itu hilang dari Melayu maka kita akan menjadi BANGSAT dibumi sendiri...Allah berfirman di dalam Al-Quran" akan aku gantikan mereka dengan kaum yang lebih baik"..mengapa ALLAH berfirman dengan menyatakan ayat sedemikian..kerana apabila sesuatu kaum itu sudah tidak beriman kepada Allah S.W.T,menurut perintahnya, menolak Islam ...maka setiap Melayu MEMEGANG ERAT PANJI ISLAM..jangan sesekali biarkan ia terlepas dari genggaman MELAYU!!!....