Tak kenal..Maka tak cinta

Awan itu cantik bila berwarna putih,indah juga langit nan biru...tetapi kadangkala ia juga menjadi gelap...begitu jugalah yang berlaku dengan hidup kita...kadangkala gula,kadangkala cuka,kadangkala suka...kadangkala duka...tetapi...manusia yang berdiri dan berlari dilandasan yang benar...akan seimbang keduanya...



Saturday, February 5, 2011

Melayu perlu ISLAM

Kesedihan yang tidak terhingga tatkala mengenangkan nasib bangsa yang semakin SAKIT...megahnya negara ini dengan pencapaian yang diperolehi hasil kejayaan bertaraf serantau dan antarabangsa...Pembangunan pesat melambangkan ini MALAYSIA BOLEH!...tapi..

adakah kejayaan lahiriah dan duniawi ini seimbang,seiring dan bergandingan dengan pembangunan rohaniah umat MELAYU ISLAM negara ini???
kerajaan: YANG BERHORMAT PEMBANGKANG!!!...SAYA PERLU HABISKAN USUL SAYA INI UNTUK MEMBANGUNKAN MALAYSIA...
pembangkang: KAMI TIDAK PEDULI INI SEMUA...KALAU NEGARA INI HANYA MENGEJAR KEKAYAAN EONOMI DAN HASILNYA HANYA UNTUK KRONI..KAMI TIDAK SETUJU!!!...

beginilah senario politik negara kita yang langsung tidak menampakkan bahawa AMANAH terbesar yang diberikan sejak 1400 tahun dahulu akan terlaksana.."
Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT, dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” (0040) Sahih Ibnu Majah"...





Malaysia ini hanya meletakkan ISlam itu sebagai AGAMA RASMI PERSEKUTUAN...dan MAlaysia ini bukan negara ISLAM...sedarkah kita yang kita ialah umat diakhir zaman???..ataupun masih ada ruang selesa dalam hati dan benak fikiran yang mengatakan Daulah ISlam itu anak cucu kita sahaja nanti yang akan lakukan...MASYAALLAH..kalau begitu..APA TUJUAN HIDUPMU???APA MAKNA SETIAP NAFASMU??? APA MAKSUD KAU MENJADI ISLAM???




MEnjadi SATU BEBANAN KEPADA NEGARA MALAYSIA BOLEH???

Pelbagai TRANFORMASI yang dibuat untuk meletakkan Malaysia di atas GARISAN NEGARA MAJU...tetapi menjadi satu bebanan kepada negara untuk menjadikan MALAYSIA ini sebagai negara yang SISTEM HIDUPnya berteraskan AL-QURAN dan AS SUNNAH...satu kesimpulan yang sangat jelas...perkara begini berlaku apabila DUNIA lebih berat dari AKHIRAT pada timbangan akal seorang pemimpin MUSLIM...
Apabila kaum MElayu semakin gah dengan menjadi bangsa terbanyak melahirkan ANAKLUARNIKAH...pendekatan psikologi digunakan,pembinaan sekolah remaja mengandung menjadi inisiatif pilihan...Pendapat PARA ULAMA,SARJANA ISLAM,AL QUARN DAN HADIS..entah mana diletakkan?...

BANGSAKU...MEMANG MELAYU TIDAKKAN HILANG DI DUNIA...TAPI MELAYU AKAN HIDUP DALAM SESAT DAN GELITA JAHILIAH ANDAI ISLAM DILONGKANGKAN!!!..luPAKAH???.."TIDAK AKAN SESAT UMATKU ANDAI TERUS BERPEGANG KEPADA ALQURAN DAN SUNNAHKU" kata Nabi SAW pada 1400 tahun dahulu...

 sistem sosial negara ini tidak kira bidang ekonomi,pendidikan,sosiologi dan semua aspek kehidupan adalah hasil daripada 500 sesat dibawah kelengkang PEnJajah!...mereka aturkan semua agar bangsaku ini bodoh tiada arah dan punca...kini semuanya konon maju...tidak sedarkah kita ini semua masih bertunjangkan sistem MAT SALIB bukan mat salih...sepatutnya kita mengikut sistem UMMAT SOLEH!..adakah ini semua tidak boleh diubah??...bagaimana pula pelbagai pelan pembangunan dan dasar2 kerajaan yang berubah-ubah seolah-olah saintis melakukan ujian kepada tikus makmal(rakyat) bioleh dilaksanakan..tetapi bila bicara tentang ISLAM..AHHHHHH  SUSAHHHH..kita berbilang kaum...Allah tidak akan mendatangkan susah yang tidak tertanggung oleh hambanya.."pasti boleh" perlu menjadi slogan diri setiap muslim...atau kita akan menjawab begitu dihadapan Allah apabila ditanya mengapa ISLAM TIDAK MENJADI TERAS PEMERINTAHANMU???...

Janganlah sengaja menjadi buta,andai mata masih mampu melihat kebenaran...janganlah menjadi bisu andai masih mampu bicara mengubah paradigma...janganlah menjadi dungu,andai fikiran masih peka...


Friday, February 4, 2011

Mesir = Malaysia

Sedang dunia dalam kealpaan,dilambung ombak keseronokkan dan maksiat...tiba TERSENTAk dek kerana kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan perdana menteri Ben Ali. jatuh bangun sesuatu pemerintahan negara di dunia ini tidaklah sesuatu yang mengujakan tetapi bagaimana ia jatuh dan bangun selalu menjadi tarikan para pemikir.

Kerajaan Diktator Ben Ali yang memerinah Tunisia setelah sekian lamanya ditumbangkan oleh punca kejatuhan paling GEmpar sepanjang 5 tahun kebelakang kerana ia ditumbangkan oleh kuasa penyatuan RAKYAT yang sudah tindak sanggup lagi menerima kezaliman yang dilakukan kepada mereka. apakah yang sebenarnya menjadi mancis pertama yang membakar dan menyalakan obor kebangkitan gerakan ini???
 kisahnya bermula apabila seorang pemuda yang mempunyai kelulusan dari universiti tidak mendapat pembelaan dari kerajaan...beliau mengharapkan kerja di sektor kerajaan tetapi tidak diluluskan dan itu masih lagi berada di bawah lingkungan kesabarannya,tetapi apabila pernigaan beliau di kaki lima dimusnahkan oleh kerajaan...beliau bertindak MEMBAKAR diri sendiri dan keseluruhan negara bangkit kerana cetusan tindakan pemuda ini...kata-kata pemuda ini terus dipegang oleh para pendemonstrasi "lebik baik mati dari terus berada dibawah pemerintah yang zalim"

rakyat Tunisia bangkit dan menggulingkan dan menghumban pemerintahan Ben Ali dengan penuh kehinaan...apakah sebenarnya yang menunjangi hati rakyat Tunisia...mereka sedang mengISLAHkan diri mereka dan TANAH AIR mereka dan meletakkan keadilan dan keimanan dalam kehidupan.perkara ini tidak berhenti disini....

Housni Mubarak!!!...seorang lagi Pemerintah Diktator yang sekarang sedang mengalami TRAUMA dan KECAMAN sepertimana yang dihadapi sahabatnya BEn Ali...MEsir kini dalam pergolakkan paling Dasyatttt dalam sejarah pemerintahan...RAKYAT memegang kuasa penuh kearah menggulingkan si Pemerintah Zalim..para pemimpin IKHWANUL MUSLIMIN kini sedang mengatur langkah dengan baik supaya Daulah Islam dapat dikibarkan semula dibumi Mesir,bumi ANBIA...BARAt yang dahulu sering beranggapan bahawa rakyat mesir akan tunduk kepada pemerintah zalim dan mereka(barat)menggunakan NEGARA HARAM ISRAEL untuk menjalankan kerja kotor mereka apabila ISRAEL menandatangani Perjanjian Genjatan Senjata dengan negara di Semenanjung Arab dan MESIR menjadi yang pertama untuk menandatangani...Maka kini Pemerintah Barat dan Pemimpin-peminpin ZALIM seperti ditampar dek kerana KUASA RAKYAT dibawah pimpinan IKHWANUL MUSLIMIN sedang melakukan serangan balas dan ISLAM akan diangkat semula untuk memayungi kerajaan MEsir...

persoalannya...tidakkah situasi ini boleh terjadi di MALAYSIA???...
pemimpin itu seperti pohon..rakyat itu seperti akar...pohon itu memayungi akar...akar itu memegang kekuatan pohon....RAkyat berhak menetukan masa depan dan hala tuju negara...ISLAM perlu diletakkan sebagai Daulah tertinggi..para Ulama mejadi rujukan seharian... jangan nafsu menjadi TUHAN..kelak LAKNAT menimpa tiada tertahan...

Letakkanlah ISLAM sebagai tunjang utama negara...janganlah kita sengaja membutakan mata sedang KEBENARAN dan TANGGUNJAWAB perlu dilaksanakan...

Firman Allah dari surah Al-Imran ayat 26 yang bermaksud: "Katakanlah: wahai tuhan yang mempunyai kerajaan, engkau memberikan kerajaan kepada orang yang engkau kehendaki, engkau mencabut kerajaan daripada orang yang engkau kehendaki, engkau memuliakan orang yang engkau kehendaki dan engkau hinakan orang yang engkau kehendaki. Pada-Mulah segala kebajikan, sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu."