Tak kenal..Maka tak cinta

Awan itu cantik bila berwarna putih,indah juga langit nan biru...tetapi kadangkala ia juga menjadi gelap...begitu jugalah yang berlaku dengan hidup kita...kadangkala gula,kadangkala cuka,kadangkala suka...kadangkala duka...tetapi...manusia yang berdiri dan berlari dilandasan yang benar...akan seimbang keduanya...



Monday, November 29, 2010

Nilai permata Islam pada mata anak Melayu abad-21

Masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima (secara paksaan atau terpaksa) dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan diatas

Pengaruh Budaya Barat 
Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan
amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan hingga ke hari ini walaupun Negara kita telah bebas dari cengkeman penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini,masih mengambil model Barat. Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Pengaruh barat ini dapat dilihat yang mana semakin menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya golongan muda-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik dan budaya Barat seperti Black Metal, Punk dan Skinhead. Aliran-aliran ini jelas sama sekali bertentangan dengan ajaran agama Islam. Contoh-contoh wujudnya ajaran-ajaran ini turut
dibincangkan dalam ulasan ini.

Pengaruh Skinhead
Adalah suatu sub-budaya yang lahir di London, Inggeris pada akhir tahun 1960-an.Sekarang Skinhead sudah menyebar ke seluruh belahan bumi. Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Meskipun Skinhead banyak diasosiasikan dengan kelompok orang-orang yang rasis dan Neo-Nazi, namun Skinhead yang sebenarnya tidaklah Neo-Nazi, kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum

tertindas dari kelas pekerja (utamanya buruh pelabuhan) di London, Inggeris. Skinhead juga bisa merujuk kepada kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat musik streetpunk dan juga punk. Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads.Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan
maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yang
berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu
masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock.

Budaya Punk
Punk pula lahir di London, Inggeris. Sejak tahun 1980-an, saat punk bermaharalela di
Amerika, golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, kerena mempunyai semangat yang sama. Namun, Punk juga dapat bererti jenis muzik atau genre yang lahir di awal tahun1970-an. Punk juga boleh diertikan sebagai ideologi hidup yang mencakup aspek sosial dan politik. Gerakan anak muda yang diawali oleh anak-anak kelas pekerja ini dengan segera membantah Amerika yang mengalami masalah ekonomi dan kewangan yang dipacu oleh kemerosotan moral oleh para tokoh politik yang memicu peningkatan pengangguran yang tinggi.Banyak yang menyalahartikan punk sebagai glue sniffer dan perusuh kerana di Inggeris pernah terjadi wabak penggunaan jem berbau tajam untuk mengganti bir/arak yang tak terbeli
oleh mereka. Punk lebih terkenal dari hal fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang
mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ala suku indian, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike,jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.

Pengaruh Black Metal
Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Antaranya adalah ia mencemuh semua agama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keagamaan pagan. Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal.Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis agama. Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.

Sejarah Black Metal
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokoh terkenal di Norwegian adalah Oystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem. Keadaan itu amat anti-Kristian: ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan semua agama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse. Salah satu daripadanya, mempunyai kaitan dengan NSBM, termasuk unsur anti-Semitism berterang-terangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya,daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions.Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh
kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna".

keruncingan yang berlaku ini sebenarnya ialah permainan gerakan Mason...apa itu Mason???..tunggu post seterusnya..yang boleh didoakan sekarang agar semua bersedia menghadapi satu peristiwa yang pasti dan dijanjikan oleh penghulu ummat MUHAMMAD S.A.W...peristiwa apa???..tunggu juga di post seterusnya

1 comment: